Naik takhta Sultan_Idris_Iskandar_al-Mutawakkil_Alallahi_Shah_ibni_al-Marhum_Sultan_Iskandar_Shah

Baginda dilantik sebagai pemangku Raja Perak antara tahun-tahun 1954 - 1956, taat kala Sultan Yussuff Izzuddin Shah berangkat ke England untuk mengunjungi seluruh Eropah. Pada 4 Januari 1963, Sultan Yussuff Izzuddin Shah mangkat di Bukit Chandan ketika berusia 72 tahun, dan Raja Idris, Raja Muda Perak, menjadi Sultan Perak pada 5 Januari 1963 ketika berusia 39 tahun, dengan gelaran Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah. Raja Muzwin ditabal sebagai Raja Perempuan Perak.

Sultan Idris amat minat akan muzik dan telah menghidupkan RIS Combo. Baginda minat juga akan memelihara pokok bunga, seni foto, sejarah negeri Perak dan sukan lumba kuda.

Pada 4 Ogos 1976, Sultan Idris merasmikan Kampung Ganda Temenggor, berikutan pembinaan Empangan Temenggor yang menenggelamkan kampung yang lama. Stesen Janakuasa Hidroelektrik Temenggor dirasmikan oleh Sultan Idris pada 19 September 1979. Pada tahun 1980, nama Sekolah Menengah Dato Maharaja Lela Kampung Gajah ditukarkan menjadi Sekolah Menengah Dato Seri Maharaja Lela (SMDSML) semasa baginda mengunjungi Kampung Gajah.

Pada 11 Jun 1983, bot Seri Andalan, sebuah bot mewah milik Sultan Idris, dilancarkan di Pelabuhan Lumut, Perak. Dalam kebanyakan lawatannya, baginda mengenakan pakaian tentera berceloreng, dilengkapi dengan pistol di pinggang.